andaian dan justifikasi mudah...=)

memang salah satu tabiat biasa manusia adalah membuat satu justifikasi mudah berdasarkan andaian yag tidak punya asas yang kukuh. mungkin kadang kala kita tidak pun menyedari perkara ini yang kita lakukan tapi ini memang kebenaran. kita memang sangat mudah membawa satu kesimpulan berdasarkan persepsi individu dan tidak pun melibatkan kenyataan sebenar...

bukanlah niat untuk melahirkan rasa kecewa tapi kadang kala perkara ini perlu untuk kita ambil perhatian demi kemaslahatan bersama. mungkin perkara ini kita pandang enteng dari sudut kita sebagai individu yang hanya melibatkan komuniti kecil apabila kita berbicara tentang kenalan kenalan yang dekat. tapi masalah ini ada risiko menjadi besar apabila ada kesan rantain yang berlaku.

bagaimana kesan rantaian ini berlaku??kesan ini akan berlaku apabila lidah manusia ini memainkan peranan lebih dari yang diperlukan. bukan ingin menujukan kepada sesiapa tapi kita manusia memang suka berkongsi cerita tidak kira baik mahupun buruk tanpa kita kaji apa impaknya.

bila kesan rantaian ataupun chain reaction ini berlaku, maka yang dapat kesannya adalah individu yang terlibat lah. cerita yang berbagai versi dan diragui kesahihan pun keluar menjengah dari mulut demi mulut manusia yang sangat suka berkongsi cerita. tapi persoalannya, cerita tersebut benar atau tidak.

dalam masalah ini, apa yang dikesan adalah manusia ini sangat suka pada perkara sensasi. tidak kiralah kalau cerita tersebut betul atau tidak, palsu atau benar, tipu atau hakiki, tetap akan meniti bibir sesiapa sahaja. yang penting kita ada topik perbualan yang menyeronokkan. tapi kesan akhir pada individu yang terlibat tidak pernah pun kita fikirkan sebaliknya jari telunjuk itu pasti akan dituju ke arah individu tersebut tanpa ada sikit pun keinginan untuk mencari perkara yang benar.

tidak salah untuk kita berkongsi cerita, tapi pokok pangkalnya perlulah kita ketahui terlebih dahulu. meski dalam keadaan kenalan rapat atau sesiapa sahaja ini perkara yang perlu kita titik beratkan. jangan hanya nak menunding dan terus membuat justifikasi mudah hanya berdasarkan penilaian sendiri. itu satu perkara yang tidak adil.kalau betul ingin menjadi penyampai berita ataupun kisah yang baik perlu kita dalami benar atau salah satu perkara hingga ke akar umbi agar tidak timbul konflik yang x diingini dan cerita yang disampaikan itu tepat dan benar....

tapi akhirnya, atas semua perkara ini, satu kesimpulannya adalah biarlah kita jaga tepi kain sendiri.bukan lah tepi kain orang lain.kadang kala kita sendiri tidak pun menyedari kelemahan diri.cuma yang nampak di mata kesalahan orang lain yang kita sendiri ragui kebenarannya.jadi yang perlu diingati adalah kita nilai sendiri diri sendiri sebelum kita nilai orang lain yang kita tidak kenal pun hati budinya secara total.jadi....renungkanlah......=)

Comments

Popular Posts